PENGENALAN
KONSEP
SEMINAR BAHASA AL-QURAN merupakan sebuah projek ILMIAH yang dirangka oleh pihak Arabic Language & Consultancy (ALC) dan Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) untuk membawa masyarakat Malaysia memahami hubungkait AL-QURAN dengan kehidupan serta jawapannya kepada isu-isu semasa. Seminar ini akan diadakan secara berkala dan akan bergerak ke seluruh tanah air bagi menyampaikan manfaat ilmu kepada masyarakat.
KERTAS KERJA DASAR PROGRAM
>>> Sila KLIK DI SINI untuk download Kertas Kerja Dasar bagi program ini. (PDF Format) <<
OBJEKTIF
Seminar ini dijalankan untuk :-
- Pengumpulan dana berbentuk wakaf bagi pembinaan sebuah AKADEMI pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab.
- Mendekatkan al-Quran dengan realiti kehidupan.
- Mengupas isu-isu kontemporari serta penyelesaiannya melalui panduan al-Quran.
- Jualan amal hasil penyelidikan Unit Penyelidikan & Pembangunan PAKAR
- Rahsia Ejaan Al-Quran.
- Kehilangan Israel Pada 2020.
- Rahsia Tanda-Tanda Bacaan dalam Al-Quran (Al-Waqf & Al-Ibtida’)
SASARAN
Ia terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan mensasarkan golongan:-
- ORANG AWAM.
- AHLI-AHLI AKADEMIK.
TEMPOH
Seminar akan dijalankan selama 5 bulan secara berkala iaitu bermula pada bulan Januari sehingga Mei pada setiap tahun. Pihak ALC dan PAKAR juga akan mengatur jadual seminar dengan memilih isu-isu yang telah dikaji oleh Unit Penyelidikan & Pembangunan bagi melancarkan perjalanan seminar yang akan dijalankan bermula tahun 2017.
TEMPAT
Bagi menjayakan projek ilmiah ini, pihak ALC akan mengadakan rundingan kerjasama dengan pihak-pihak berikut berikut :-
- Kerajaan-Kerajaan Negeri.
- Fakulti-Fakulti Pengajian Islam di IPT.
- Masjid-Masjid terkemuka di Malaysia.
- Media Penyiaran Bercetak & Elektronik
METODE
ALC dan PAKAR yang lebih mementingkan pengisian ilmiah yang berkesan akan menggunakan beberapa modus operandi bagi mengendalikan seminar. Konsep pengendalian seminar yang lebih santai dan berinovatif dilihat mampu mencapai matlamat dan memberi input yang berkesan kepada para peserta.
Antara kaedah yang digunakan oleh pihak ALC adalah:-
- Menggunakan gaya penyampaian berbentuk FILEM dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik dan bersesuaian dengan isu yang dibahaskan.
- Membuka sesi soal jawab selama 1 jam kepada peserta.
- Seminar akan dibahagikan kepada 1 sesi sahaja, iaitu 1 pembentangan Kertas Kerja Dasar daripada pihak ALC @ PAKAR dan 1 pembentangan daripada pihak penganjur bersama.