Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

Kursus Diploma Arab Mikro
برنامج اللغة العربية لفهم القرآن

PENGENALAN

KONSEP

KELAS AWAM ARAB MIKRO adalah suatu program akademik yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam menguasai SISTEM BAHASA ARAB dalam tempoh 1080 jam ( 4 tahun pengajian) melalui 26 modul pengajian. Ia akan membantu mereka menghayati mesej bahasa Arab dan al-Quran secara tepat sama ada untuk tujuan komunikasi, ibadat atau pengajian ilmu-ilmu Islam.  

MUAT TURUN JADUAL PENGAJIAN TERKINI

 

SASARAN

Ia dibangunkan untuk:-

  1. Lepasan UPSR dan yang setaraf dengannya
  2. Para Huffaz al-Quran al-Kareem
  3. ORANG AWAM yang berminat.

SYARAT 

Peserta hendaklah :-

  1. Sesiapa yang berminat dengan al-Quran dan Islam
  2. Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.

TEMPOH

Setiap modul pengajian akan diajar dalam tempoh 40 jam melalui proses pembelajaran berikut (2 jam x 4 minggu x 5 bulan/sem = 40 jam). Jangka masa kursus bergantung kepada jumlah mata kursus yang diambil dalam setiap semester. Pengambilan pelajar akan dilakukan sebanyak DUA KALI setiap tahun. Pendaftaran akan dibuka setelah IKLAN PENGAMBILAN dikeluarkan.  

MODUS

KELAS AWAM akan dijalankan pada setiap cuti hari minggu di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Setiap kelas hanya menampung 15 orang pelajar sahaja. Kursus dipecahkan kepada EMPAT TAHAP PEMBELAJARAN berikut;-

TAHAP ASAS Jadual Sorfi, Sistem Ayat dan Partikel
TAHAP KECEKAPAN Jadual Sorfi, Sistem Ayat dan Partikel
TAHAP LANJUTAN Pelengkap Ayat, Olahan Ayat dan Uslub Nahuan
TAHAP TERAPAN Ilmu Makna, Sistem I`raab dan Analisis Teks

 

HASIL KURSUS (حصائل البرنامج)

Para peserta akan dipastikan memahami dan menguasai perkara-perkara berikut sebelum diperakui lulus melalui ujian system peperiksaan terbuka yang dijalankan;-

  1. 21 Modul Tatabahasa Arab Mikro
    • Jadual Sorfi / Perubahan Kata Kerja / 5o Acuan Wazan / Sistem Ayat 10 / Asas I`raab / Partikel / Rangkai Kata / Uslub Nahuan / Frasa BA / Sistem Nahuan dan Makna Olahan.  
  2. 4 Modul Kemahiran Bahasa Arab Mikro
    • Mendengar & Menyebut / Baca & Terjemah BM / Menulis BA / Menterjemah BM / Meringkas / Analisis Teks / Bertutur.  
  3. 1 Modul Pengukuhan
    • Kosa Kata dan Perkamusan Bahasa Arab

 

MATLAMAT PENGAJIAN (أهداف الدورة)

  • Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam menguasai 4 kemahiran asas berbahasa Arab.
  • Menguasai bahasa Arab berdasarkan fungsi BAHASA dan MAKNA dalam tempoh yang pantas.
  • Membangkitkan minat masyarakat untuk kembali menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

 

YURAN SEMESTER

  • Sila muat turun dokumen maklumat yuran terkini yang disediakan di bahagian atas

 

PENGAMBILAN

Dibuka dua kali setahun:-

  1. Bulan Syawal
  2. Bulan Rabiul Akhir